Faedah-faedah

Dalam melonjakkan kegigihan PACSU ke arah kebajikan ahli-ahli dan anak-anak ahli, Ahli Majlis Jawatankuasa Agung PACSU telah membuka lembaran baru dengan meluaskan sayapnya dengan menubuhkan Tabung Kebajikan dan Tabung Pelajaran PACSU. Sesungguhnya Tabung ini telah menambahbaik  lagi perjalanan dan momentum PACSU ke satu tahap yang lebih terbilang. Faedah-faedah ini telah diaplikasikan kepada ahli–ahli mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Faedah-faedah yang termaktub adalah seperti berikut:-

  • Faedah Khairat Kematian;
    • apabila meninggal dunia seseorang ahli Kesatuan, penama atau waris ahli sebagaimana ditentukan di bawah Peraturan 8 Peraturan Tambahan akan dibayar faedah khairat kematian sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja). Bayaran ini adalah tambahan kepada Faedah Kematian yang akan dibayar di bawah Peraturan 10(ii) tanpa menggira tempoh keahliannya;
    • permohonan untuk faedah khairat kematian ini hendaklah dibuat dalam surat kepada Setiausaha Agung Kesatuan melalui Setiausaha Cawangan dengan seberapa segera setelah berlaku kematian seseorang ahli itu dan pembayaran faedah hendaklah dibuat tidak lewat dari satu bulan setelah permohonan diterima;
    • apabila meninggal dunia seseorang ahli Kesatuan ini, penama atau waris ahli itu sebagaimana yang ditentukan di bawah Peraturan 8 Peraturan Tambahan ini akan dibayar faedah kematian atas kadar bayaran seperti berikut tertakluk kepada syarat yang ditetapkan Peraturan 9(ii):-
Tempoh Keahlian Kadar Bayaran
060 hingga 120 bulan RM 300.00
121 hingga 240 bulan RM 600.00
241 hingga 360 bulan RM 800.00
361 bulan dan ke atas RM 1,000.00
    • permohonan untuk faedah kematian ini hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dengan seberapa segera setelah berlaku kematian seseorang ahli itu dan pembayaran faedah hendaklah dibuat tidak lewat dari satu bulan setelah permohonan diterima.
    • Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan sijil perakuan mati.
  • Faedah Persaraan;
    • seseorang ahli Kesatuan yang telah bersara sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat-syarat perkhidmatannya termasuk persaraan pilihan sendiri akan menerima pembayaran faedah persaraan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Peraturan 9(iii). Kadar pembayaran adalah seperti di bawah
Tempoh Keahlian Kadar Bayaran
060 hingga 120 bulan RM 300.00
121 hingga 240 bulan RM 600.00
241 hingga 360 bulan RM 800.00
361 bulan dan ke atas RM 1,000.00
  • Bantuan Persekolahan untuk anak-anak ahli
    • Majlis Jawatankuasa Agung akan menetapkan pada pertengahan tahun, jumlah bantuan yang akan diberi kepada cawangan-cawangan pada tahun berkenaan atas kadar RM5.00 bagi setiap orang ahli dalam Daftar Ahli Cawangan pada masa itu. Majlis Jawatankuasa Agung hanya akan meluluskan peruntukan bagi tujuan ini sekiranya kedudukan kewangan Tabung Kebajikan mengizinkan.
    • Seseorang ahli Kesatuan ini yang mempunyai anak-anak yang bersekolah Rendah atau Menengah boleh memohon untuk mendapat faedah bantuan persekolahan sebelum penggal pertama persekolahan bermula;
    • Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan diedarkan kepada Setiausaha Cawangan yang berkenaan;
    • Selepas tarikh tutup untuk menerima borang-borang tersebut, Ahli Jawantankuasa Cawangan akan bermesyuarat untuk meneliti borang-borang tersebut serta memilih ahli-ahli yang layak menerima faedah ini tertakluk kepadan jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung bagi tahun berkenaan;
    • Kriteria-kriteria yang akan digunakan oleh Ahli Jawantankuasa Cawangan dalam pemilihan tersebut adalah seperti berikut:-
      • tempoh keahlian;
      • bilangan anak yang masih bersekolah;
      • jumlah pendapatan bulanan ahli dan isteri (suami)
    • Kadar faedah bantuan persekolahan adalah seperti berikut:-
      • untuk Darjah 1 hingga 3 – RM 20.00
      • untuk Darjah 4 hingga 6 – RM 30.00
      • untuk Tingkatan 1 hingga 3 – RM 40.00
      • untuk Tingkatan 4 hingga 5 – RM 50.00
    • Senarai ahli-ahli yang dipilih untuk menerima bantuan serta jumlah peruntukan yang diperlukan akan disediakan oleh Ahli Jawantankuasa Cawangan dan diedarkan kepada Ibupejabat Kesatuan sebelum tarikh yang ditetapkan;
    • Ibupejabat Kesatuan akan meneliti senarai tersebut dan mengeluarkan pembayaran yang tidak melebihi kadar maksima yang ditetapkan oleh Majlis Jawantankuasa Agung seperti di Peraturan 11(i) di atas;
  • Bantuan kemasukan dalam wad di Hospital;
    • Seseorang ahli Kesatuan yang sakit termasuk oleh sebab keguguran kandungan dan bersalin, dan ianya dirawat di dalam wad mana-mana hospital Kerajaan atau Swasta akan dibayar faedah sebanyak RM 10.00 bagi setiap malam ianya dirawat dalam wad berkenaan. Had pembayaran faedah ialah tidak melebihi dari RM 140.00 dalam sesuatu tahun bagi seseorang ahli.
    • Tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan dalam borang yang ditetapkan seperti di Lampiran ‘B’ dan disokong dengan dokumen pengesahan keluar masuk wad oleh Hospital. Permohonan bantuan hospital hendaklah dikemukakan kepada Urusetia dalam tempoh sebulan dari tarikh keluar hospital.
  • Pertukaran Keluar Jabatan;
Tempoh Keahlian Kadar Bayaran
060 hingga 120 bulan RM 150.00
121 hingga 240 bulan RM 300.00
241 hingga 360 bulan RM 400.00
361 bulan dan ke atas RM 500.00
  • Bantuan Dermasiswa;

Dermasiswa diwujudkan untuk memberi peluang kepada ahli untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

    • Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengeluarkan dermasiswa pada tiap-tiap tahun kepada ahli atau anak-anak yang layak. Bilangan dermasiswa yang dikeluarkan itu dan nilai tiap-tiap satu dermasiswa itu hendaklah ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung menurut timbang bicaranya dalam kadar seorang RM 500.00.
    • Dermasiswa akan dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang telah diterima oleh sesebuah Universiti atau Institut Pengajian Tinggi unutk kursus Ijazah atau Diploma. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan surat yang sah masuk ke Universiti atau Institut di mana si pemohon telah diterima masuk.
    • Dermasiswa akan dihadiahkan selepas menaksir keseluruhan merit kes tersebut dan kedudukan ahli atau ibubapa/penjaga mengikut mana yang berkenaan.
    • Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah membentangkan satu laporan mengenai dermasiswa ini kepada Persidangan Perwakilan DwiTahunan.
    • Dermasiswa ini tidak boleh dikeluarkan kepada seseorang penuntut yang sedang menerima sebarang bantuan, dermasiswa atau pemberian dari sumber-sumber lain.
  • Peruntukan aktiviti Tahunan Cawangan; dan
  • Peruntukan Mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan

Elemen-elemen faedah ini telah dikendalikan begitu rapi dan berhemah dengan mengambilkira kepada ahli-ahli dan anak-anak ahli yang benar-benar layak dan diluluskan oleh Ahli Majlis Jawatankuasa Agung PACSU. Jalinan ini telah memacu PACSU ke persada tahta yang unggul. Kebajikan PACSU yang di sulami kepada ahli-ahlinya telah membuahkan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam PACSU. Dengan keyakinan dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli kepada pucuk pimpinan PACSU, mandat ini telah memberi semangat kepada Pegawai Kanan Kesatuan untuk memperkasakan lagi PACSU dalam perjuangannya.