Tentang Kami

Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan serta tuntutan gaji/elaun pegawai awam PDRM.

Meneliti syarat-syarat perkhidmatan serta faedah-faedah lain termasuk elaun, bonus dan KWSP bagi semua kategori pegawai awam.

Membantu menyelesaikan masalah, kebajikan serta kefahaman terhadap arahan/peraturan termasuk menyerapkan buday polis kedalam diri setiap peringkat pengawai awam di Jabatan Polis Diraja Malaysia.

Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan

Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pengawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman and muafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 27 and 28.

Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan menurut undang-undang.

Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubungan dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawantankuasa Agung.

Memberi bantuan kepada ahli-ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatwankuasa Agung, seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.

Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.

Mengendalikan jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan, urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan  sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan.

Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika dipersetujui oleh Persidangan Perwakilan dan menggubalkan Peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal wang itu.

Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.