Kejayaan-kejayaan

Sesungguhnya kejayaan sesuatu kesatuan tidak akan datang menggolek begitu sahaja tanpa usaha, komitmen, pengorbanan dan perhubungan yang baik (networking) di antara kesatuan dengan jabatan dan di antara kesatuan dengan jabatan-jabatan luar. Sebagai sebuah kesatuan dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia Pegawai Kesatuan perlu menunjukkan role model (contoh) dan disiplin yang tinggi agar apa jua pertikaian dan permasalahan dapat diselesaikan dengan berhemah.

Kepimpinan PACSU samada diperingkat Malaysia atau di Kontinjen telah dapat memainkan peranan yang begitu menggalakkan bagi memastikan Gagasan PACSU dapat dicapai dan memastikan kebajikan ahli-ahli dapat dipenuhi. Disamping itu juga kepimpinan PACSU bergiat aktif dan telah menduduki Ahli Majlis Kongress CUEPACS, Ahli Majlis Mesyuarat Bersama Kebangsaan (MBK) dan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ).

Dengan penglibatan yang aktif dalam pertubuhan tersebut, PACSU telah berjaya menyelesaikan pelbagai tuntutan bagi kepentingan ahli-ahli. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai lantaran cadangan dan ide-ide bernas telah diambil terima untuk diimplementasikan. Pahit maung dalam perjuangan adalah lumrah alam dan kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Di antara kejayaan-kejayaan manis PACSU dalam dekad ini adalah seperti berikut:-

  1. Berjaya mendapat kelulusan pengambil alihan Peperiksaan PTK Pegawai Awam PDRM daripada JPA
  2. Berjaya mendapat kelulusan bagi mewujudkan Unit Latihan Pegawai Awam PDRM dan ianya masih dalam tindakan Bahagian Latihan Bukit Aman
  3. Menuntut Elaun Insentif Pemeriksa Cap Jari.
  4. Mewujudkan Unit Latihan Pegawai Awam PDRM.
  5. Menuntut Pakaian Seragam Pekerja Awam.
  6. Menuntut Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dari JPA dan dilaksanakan oleh PDRM.
  7. Mengendalikan Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM setiap tahun sempena hari Polis.
  8. Berjaya memiliki sebuah rumah kedai sebagai pejabat PACSU.
  9. Berjaya mewujudkan Laman Web PACSU.
  10. Berjaya mendapatkan kelulusan upah jahit pakaian seragam Pembantu Operasi Gred N11, N14, N16 dan N18.
  11. Berjaya Mendapatkan kelulusan penggunaan kenderaan jabatan oleh kesatuan sekerja dibawah CUEPACS.
  12. Berjaya memperjuangkan pejabat pentadbiran PACSU di peringkat cawangan.
  13. Dan lain-lain.