MINIT MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN SELANGOR KALI KE – 47 TAHUN 2021.

Selangor, 27 Julai 2021 – Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Selangor kali ke 47 untuk Tahun 2021 telah diadakan pada 27 Julai 2021 (Selasa) secara atas talian – google meet. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri oleh seramai 156 ahli PACSU Cawangan Selangor dari pelbagai Jabatan dan Daerah dan telah dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Selangor Tuan Haji Noor Azhar Zainuddin serta telah dirasmikan oleh YBhg. Saudara Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah barisan Pegawai Kanan PACSU Malaysia.

Umumnya negara kita masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan pandemik Covid-19 menyebabkan aktiviti-aktiviti PACSU tidak dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2020 sehingga kini. Di dalam ucapan Presiden PACSU Malaysia, beliau mengharapkan agar semua Pegawai Awam mengambil suntikan vaksin Covid-19 untuk memastikan diri dan keluarga terlindung daripada Pandemik Covid-19.

Mesyuarat kali ini membentangkan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2020- 2021. Perlantikan AJK Bagi Tahun 2021-2023, wakil ke Persidangan Tri-Tahunan dan Juru Audit Dalaman telah diadakan dan perlantikan kali ini telah menampilkan muka-muka baru yang akan meneruskan perjuangan PACSU Cawangan Selangor. Perbahasan mengenai beberapa usul baru daripada ahli PACSU Cawangan Selangor juga turut dibincangkan.

Adalah diharapkan semua ahli PACSU Cawangan Selangor dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada AJK PACSU Cawangan Selangor yang baru serta dapat menyalurkan informasi dan permasalahan yang dihadapi melalui saluran yang betul supaya dapat dibawa ke pengetahuan Pengurusan Tertinggi.

 

,