SAMBUTAN HARI PEKERJA 2017

PUTRAJAYA : Pada tahun ini, Sambutan Hari Pekerja Tahun 2017 telah diadakan di dua tempat yang berbeza. CUEPACS terlebih dahulu mengadakan Sambutan Hari Pekerja di Auditorium JAKIM, Kompleks Pentadbiran Islam Putrajaya yang telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, manakala Kementerian Sumber Manusia pula telah mengadakan Perhimpunan peringkat kebangsaan di PICC, Putrajaya.

PACSU telah menghantar seramai 40 orang wakil bagi bersama-sama memeriahkan lagi sambutan hari pekerja bagi tahun ini. Seawal jam 7.30 pagi lagi deligasi dari PACSU dan dari lain-lain kesatuan telah berkumpul di Auditorium JAKIM, Kompleks Pentadbiran Islam Putrajaya bagi menyertai sambutan anjuran CUEPACS.

Selesai sahaja majlis sambutan di Auditorium JAKIM, kesemua deligasi terus menuju ke PICC, Putrajaya bagi menyertai Sambutan Hari Pekerja Tahun 2017 anjuran Kementerian Sumber Manusia bersama-sama Perdana Menteri Malaysia.

,