AUDIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN PACSU OLEH PENGARAH JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU DAN KELANTAN

Kelantan – 08/10/2023 (Ahad) Pacsu Cawangan Kelantan telah menghadiri sesi audit tahunan yang di adakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) Cawangan Terengganu dan Kelantan pada 08 Okt 2023 bertempat di Jabatan Perhubungan Perusahaan, Tingkat 3, Wisma Persekutuan Kota Bharu.

Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi dihadiri oleh Ybrs Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan bersama Setiausaha dan Bendahari kesatuan. Sesi penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh Ybrs. En Rosli bin Zakaria, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia Cawangan Terengganu dan Kelantan.

Pemeriksaan lebih tertumpu kepada pemeriksaan dokumentasi pentadbiran dan kewangan. Secara keseluruhanya urus tadbir PACSU Cawangan Kelantan adalah baik dan akan menjadi trajektori untuk masa yang akan datang.

Sesi pemeriksaan berakhir pada jam 11.30 pagi dan PACSU Cawangan Kelantan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kepada JHEKS Malaysia diatas komitmen dan tunjuk ajar kepada PACSU Cawangan Kelantan.

Dilla HJ. Roslan

#Kredit kepada SU PACSU Kelantan

#poliskelantan

#CLASS

 

 

,