KUNJUNG HORMAT PACSU KEPADA KETUA UNIT PEGAWAI AWAM

29 April 2025, Bukit Aman – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada DSP Mohd Farid Bin Haji Ismail, Ketua Unit Pegawai Awam, Jabatan Pengurusan. Majlis kunjung hormat telah diadakan di Persada Unit Pegawai Awam, Aras 19, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Kunjung Hormat PACSU kali ini telah diketuai oleh Sdra. Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU), Tn. Hj. Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden), Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi (Setiausaha Agung), Sdra. Raja Hazlan Bin Raja Hussin (Bendahari Agung) dan Sdra. Rohaizad Bin Khalil (Timbalan Setiausaha Agung).

Kunjungan hormat ini diadakan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PACSU dan juga sebagai penghargaan dan ucapan tahniah kepada YDH Ketua Unit Pegawai Awam. Di samping itu, turut membincangkan isu mengenai Pegawai Awam di Jabatan PDRM.

WhatsApp Image 2025-04-29 at 5.02.35 PM WhatsApp Image 2025-04-29 at 5.02.36 PM WhatsApp Image 2025-04-29 at 4.46.57 PM WhatsApp Image 2025-04-29 at 4.46.47 PM WhatsApp Image 2025-04-29 at 4.46.45 PM WhatsApp Image 2025-04-29 at 4.46.35 PM WhatsApp Image 2025-04-29 at 4.46.32 PM

,