MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU KE-63 TAHUN 2025

ALOR SETAR, 28 April 2025 – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir & Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Kedah telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-63 Tahun 2025 pada hari ini. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim, IPK Kedah itu telah dihadiri oleh 250 Pegawai Awam dari seluruh Kontinjen Kedah yang merupakan ahli-ahli PACSU.
PACSU adalah sebuah kesatuan yang telah didaftarkan di bawah kesatuan sekerja dan merupakan kesatuan tunggal mewakili pegawai awam di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelbagai isu dan masalah berbangkit yang boleh dibawa ke peringkat pucuk pimpinan organisasi untuk mencari jalan penyelesaian.
YDH SAC Datuk Nik Ezanee bin Mohd Faisal, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Kedah mewakili YDH Ketua Polis Kedah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Kedah kali ke-63 Tahun 2025 ini.
Turut serta dalam Majlis Perasmian tersebut adalah Dato’ Dr. Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan IPK Kedah, Ketua-Ketua Polis Daerah, Sdra Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Sdra Mohd Azli Bin Suhaimi, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, YM Raja Mohd Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU Malaysia dan DSP Nor Safarina binti Zulkifli, Pegawai Turus Persatuan, Bukit Aman.
,