PERTANDINGAN TENPIN BOLING PACSU KONTINJEN PAHANG TAHUN 2025

Sabtu, 19.4.2025 – Pertandingan Tenpin Boling PACSU Kontinjen Pahang Tahun 2025 telah diadakan di Premium Lanes, Kuantan Plaza.

Pertandingan ini diadakan bagi memilih wakil pemain yang akan mewakili PACSU Kontinjen Pahang pada Pertandingan Tenpin Boling Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi.

PACSU Kontinjen Pahang mengucapkan tahniah kepada para pemain yang berjaya dalam sesi pemilihan kali ini dan semoga terus maju jaya.

,