MAJLIS SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN JALINAN KASIH SILATURAHIM CUEPACS TAHUN 2025

Kuala Lumpur, 2 Mei 2025 – Pengerusi Pacsu Johor puan Maya Razlina bin Ab Rahman serta Exco-Exco Nergeri serta ahli Pacsu disekitar Lembah Klang telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Jalinan Kasih Silaturahim Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini, pagi tadi.
Majlis anjuran CUEPACS itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad dan dihadiri oleh wakil kementerian dan jabatan serta pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam.
Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Timbalan Presiden II CUEPACS, Tuan Azman Shah Ahmad Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengajur dan diikuti ucapan Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Hj. Adnan Mat sebelum disusuli ucaptama oleh Dato’ Sri Abdul Rahman.
Antara pengisian dalam majlis tadi ialah bacaan ikrar oleh semua hadirin dan penyampaian Anugerah Hari Pekerja 2025 mengikut kategori masing-masing.
Dalam majlis tersebut telah menyaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Dato’ Jana Santhiran Muniayan telah menerima Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Persekutuan CUEPACS bagi tahun ini.
494631949_122160200858497698_8436105470963641997_n 494644980_122160200882497698_2263978265518291769_n 494678037_122160200918497698_2501305985307198791_n 494697538_122160200834497698_8985582933356448429_n (1)495167588_122160200780497698_3306849146576615252_n
,