23 Mei 2025 (Jumaat) : Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Program Holistik Ekosistem Kesatuan Sekerja (PHEKS) peringkat Zon Tengah kepada kesatuan-kesatuan sekerja, bertempat di Wyndham Acmar, Klang.
Program ini merupakan inisiatif murni anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia, dalam usaha menyokong dan memperkasa peranan kesatuan sekerja di Malaysia. Penyerahan geran latihan telah disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas kejayaan menerima mock cheque berjumlah RM80,000.00 di bawah inisiatif ini.
Wakil PACSU yang hadir pada majlis tersebut ialah:
Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood – Timbalan Presiden PACSU
Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi – Setiausaha Agung PACSU
Sdri. Farah binti Shahibi – Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman
Sdra. Fahlawi bin Hj. Jamaludin – Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman
Sdra. Muhamad Fadli bin Sabtu – Pengerusi PACSU Cawangan Kuala Lumpur
Sdri. Nor Anati binti Abdul Rahman – Setiausaha PACSU Cawangan Kuala Lumpur
Sdri. Juliana binti Lazim – Setiausaha PACSU Cawangan Selangor
Sdri. Noorshafinaz binti Omar – Setiausaha PACSU Cawangan Selangor
PACSU mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia atas sokongan padu yang diberikan dan komitmen dalam memperkasakan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik pembangunan sumber manusia negara.