Bangsar, 22 Mei 2025 – Barisan AJK PACSU cawangan Johor membuat Kunjung Hormat Presiden Tuan Anuar bin Mamat dan pegawai kanan PACSU Malaysia dipejabat PACSU Bangsar untuk sesi suai kenal kepada AJK tertinggi yang dilantik bagi tahun 2024-2027.
Selain itu mesyuarat dimulakan dengan perbentangan kertas kerja dan penyelarasan untuk Ten Pin Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia bil. 2/2025 yang akan diadakan pada Ogos 2025 di Johor Bahru.
Mesyuarat ini bertujuan untuk penyelarasan tugasan berkongsi pendapat untuk menjayakan program tersebut.
Kami dari barisan Pacsu Cawangan Johor mengucapakan terima kasih kepada barisan Pegawai Kanan PACSU Malaysia menyambut kehadiran kami dan memberi idea sokongan untuk majlis dan semoga Silaturahim serta kerjasama yang baik sentiasa terjalin dan menjadi medan untuk PACSU Johor lebih cemerlang.