KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PACSU CAWANGAN PAHANG KEPADA TIMBALAN KETUA POLIS PAHANG

IPK Pahang | 10 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Pahang, YDH DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj. Ayob telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan PACSU Cawangan Pahang kepada YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Pahang disamping menjemput dan mempersilakan YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Pahang untuk hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Kali ke 53 Tahun 2025 yang akan diadakan pada 12.6.2025.

Turut hadir bersama dalam kunjung hormat tersebut adalah Puan Effa Diana bt Kamaludin, Setiausaha PACSU Cawangan Pahang dan Encik Megat Mohd Roslan bin Megat Ahmad, Bendahari PACSU Cawangan Pahang.

 

 

,