Gopeng, 14 Mei 2025 – Satu lawatan kebajikan telah dilaksanakan oleh PACSU Cawangan Perak ke atas suami kepada ahli persatuan Norazian binti Mohd Joned, yang telah ditimpa kemalangan baru-baru ini.
Lawatan tersebut diketuai oleh pengerusi PACSU Cawangan Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram dan Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri serta bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada ahli yang sedang menghadapi musibah dalam keluarga.
Sepanjang lawatan, pihak persatuan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung serta menzahirkan doa agar waris diberikan kekuatan dalam menempuhi hari-hari mendatang.
Persatuan amat menghargai peranan setiap ahli dan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan serta memberi sokongan dalam waktu-waktu sukar.