MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 18 Jun 2025 – Bertempat di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Perak Bilangan 2 bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Pengerusi Cawangan dan dihadiri oleh Setiausaha, Sdri Rosdiah binti Safri serta barisan Ahli Jawatankuasa yang lain.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan pelbagai program yang dirancang sepanjang tahun, meliputi aspek kebajikan ahli, latihan, sukan serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan kesatuan.

Dalam mesyuarat ini juga, beberapa perkara penting seperti urusan pentadbiran, keahlian dan pengurusan kewangan turut diberi perhatian, bagi memastikan kelancaran tadbir urus persatuan secara menyeluruh.

Ahli Jawatankuasa sebulat suara menzahirkan iltizam untuk terus memperkukuh peranan PACSU sebagai sebuah kesatuan yang proaktif dalam menjaga kebajikan ahlinya serta menyumbang ke arah peningkatan kerjaya pegawai awam di dalam PDRM.