Batu Berendam 25 Mei 2025 – Serahan sumbangan kebajikan oleh Puan Hasnida binti Dorani ke atas ahli PASCU Cawangan Melaka iaitu PF/ 21478 Ustaz Mohd Nazri bin Mohd Nor dari BIPS IPD Melaka Tengah . Anak beliau iaitu Nur Amirah Hazirah binti Mohd Nazri berusia 22 tahun telah dimasukkan ke Oriental Melaka Straits Medical Centre Klebang pada 21/5/2025 kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kini anaknya telah keluar daripada Hospital dan masih lagi perlu mendapatkan rawatan dari semasa ke semasa.