BATU BERENDAM, 28 April 2025 – Serahan sumbangan kebajikan oleh Puan Hasnida binti Dorani , dan Puan Anitah binti Thani ke atas ahli PACSU Melaka Tengah iaitu PF/ 24084 Nurul Hidayah Binti Abd Samat yang bertugas di Balai Polis Tg Kling. Ibunya Puan Ramlah Binti Hashim berusia 60 tahun telah di rawat di Institut Jantung Negara pada 10/4/2025. Kini ibunya telah keluar dari Institut Jantung Negara dan dalam keadaan stabil serta masih dalam rawatan susulan.
Kami mendoakan agar ibu kepada Puan Hidayah diberi kesembuhan seperti sedia kala. Aamin