Melaka, 3 Mei 2025 – Penyampaian sumbangan kepada aahli PACSU Cawangan Melaka yang terjejas dengan banjir telah disampaikan oleh Sdri Fariyantiyy Binti Abharim, Setiausaha PACSU Melaka kepada Sdri Nur Azreena Binti Khalil bertugas di Kewangan, JLOG IPK Melaka di kediaman beliau di Duyung, Melaka.
Sumbangan tersebut merupakan sumbangan yang telah di mohon oleh PACSU Cawangan Melaka dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM).
Sehubungan dengan itu, pihak YAPEIM bersetuju menghulurkan sumbangan sebanyak rm200 kepada ahli yang terlibat.
Semoga dengan sedikit sebanyak bantuan ini dapat meringankan beban ahli tersebut.