MELAKA, 7 Mei 2025– Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-58, Majlis Meraikan Pesara dan Majlis Sambutan Hari Raya PACSU Cawangan Melaka telah diadakan di Auditorium, Tingkat 3, IPK Melaka.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Dzulkhairi Bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Dalam ucapan perasmian tersebut, YDH Dato’ telah menyatakan bahawa PACSU bukan sekadar sebuah persatuan namun ia sebagai solidariti, semangat perjuangan dan wadah utama bagi menyuarakan kepentingan serta kebajikan setiap ahli-ahlinya.
Majlis perasmian tersebut dihadiri oleh 157 orang pegawai awam seluruh Kontinjen Melaka. Turut hadir YDH SAC Ahmad Jefferi Bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka, YDH DSP Nor Safarina Binti Zulkifli, PT Persatuan Bukit Aman, Yang Berusaha Sdra Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS Malaysia, Yang Mulia Raja Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agong PACSU, YBhg Syed Ahmad Bin Syed Shahardin, Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia, YBhg En Norman Bin Taib, Pengerusi CUEPACS Negeri Melaka, YBhg En Azharryy Bin Giman, Pengurus YaPEim Negeri Sembilan dan Melaka, YBhg Puan Emi Zulfika Binti M Bastamam, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) Melaka, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah.
Majlis perasmian tersebut telah bermula pada jam 0900hrs dan berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada para pesara PACSU dan ahli yang bertukar jabatan pada jam 1015hrs.
Aturcara Majlis disusuli dengan Mesyuarat Agung Tahunan yang dipengerusikan oleh YBhg Ust Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi, Pengerusi PACSU Melaka.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dari awal hingga ditangguhkan pada jam 1230hrs.