Melaka, 28 April 2025 – Penyampaian sumbangan kepada aahli PACSU Cawangan Melaka yang terjejas dengan banjir telah diadakan di Bilik PACSU, IPK Melaka.
Sumbangan telah diserahkan oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi). Turut hadir Sdri Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha) dan Haslinda Binti Yusman (Bendahari).
Sumbangan tersebut merupakan sumbangan yang telah di mohon oleh PACSU Cawangan Melaka dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM).
Sehubungan dengan itu, pihak YAPEIM bersetuju menghulurkan sumbangan sebanyak rm200 kepada ahli yang terlibat iaitu Sdra Mohd Shukri Bin Arom bertugas di Jabatan Pengurusan IPK Melaka.
Semoga dengan sedikit sebanyak bantuan ini dapat meringankan beban ahli tersebut.