MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN NEGERI KELANTAN 2019

KOTA BHARU 20/06/2019 (Khamis) : Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Dato’ Azmi Bin Abu Kassim. Manakala Pegawai Kanan PACSU Malaysia yang hadir adalah YBhg. Sdra. Anuar Bin Mamat Presiden PACSU Malaysia dan Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor Setiausaha Agung PACSU Malaysia. Turut hadir adalah Ketua-Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Kelantan, Ketua-ketua Polis Daerah dan Wakil-wakil Persatuan dalam PDRM Kontinjen Kelantan.

Memandangkan Mesyuarat Agung kali ini masih dalam bulan Syawal, PACSU Cawangan Kelantan juga mengambil kesempatan untuk menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

,