KONVENSYEN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 2016

Barisan Pegawai Tertinggi CUEPACSPACSU telah menghantar seramai 20 orang peserta bagi menghadiri Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 yang bertemakan “Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup” yang berlangsung pada 02/03/2016 hingga 03/03/2016 di Menara MITI, Kuala Lumpur. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden CUEPACS Datuk Aziz Muda

CUEPACS telah meminta pihak kerajaan agar merombak dan menyusun semula Dasar Perumahan Negara bagi membolehkan kawalan pasaran hartanah dan perumahan dilakukan. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata rombakan itu perlu bagi membolehkan golongan sasar, terutama kumpulan M40 dan B40 (golongan berpendapatan 40 peratus terendah) mampu memiliki rumah sendiri. Beliau juga menggesa kerajaan campur tangan dalam proses penjualan hartanah di kawasan strategik di negara ini biarpun hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri dan bukan kerajaan Persekutuan. “Kerajaan perlu campur tangan dalam penentuan harga rumah, bukan ditentukan mengikut pasaran semata-mata yang ketika ini tidak mampu dibeli oleh rakyat. Malah kita juga mahu kerajaan mengecualikan duti setem kepada pembeli rumah pertama dalam kalangan penjawat awam,” katanya.

Sesi Sidang MediaSebagai langkah penyelesaian, Datuk Azih Muda berkata, CEUPACS mencadangkan penubuhan Tabung Warisan Negara yang turut berfungsi sebagai bank tanah bagi menjamin kelangsungan pemilikan hartanah pada generasi akan datang. “Peruntukannya juga boleh disalurkan menerusi pengumuman belanjawan setiap tahun,” Yang turut hadir, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah. Konvensyen dua hari ini dianjurkan oleh ANGKASA dan CUEPACS bagi membincangkan isu dan cabaran pemilikan rumah di kalangan Penjawat Awam.

IMG-20160302-WA0038 Lawatan Ke tapak PameranFB_IMG_1456916164937 Peserta Yang Hadir   TPM Sedang Menyampaikan Ucapan      Presiden PACSU - Mahamad Bahtrum