MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN PERAK KE 65 TAHUN 2016

Ipoh, 26 April 2016 – Bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis Gerakan Udara, telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Perak ke 65 tahun 2016.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Sri Abd Rahim bin Hanafi, Ketua Polis Perak. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YDH SAC Dato’ Pahlawan Burhanuddin bin Ijap, Ketua Cawangan Khas Perak, Encik Anuar bin Mamat, timbalan Presiden PACSU Malaysia serta Encik Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan setiausaha Agung PACSU Malaysia.

Dalam ucapan perasmian tersebut, YDH Dato’ Sri Ketua Polis berharap dan menyeru kepada semua ahli untuk terus melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan di samping dapat melahirkan warga kerja PDRM yang berintegriti dan profesional.

IMG-20160427-WA0005

IMG-20160427-WA0004

IMG-20160427-WA0006

,