KUNJUNG HORMAT PRESIDEN PACSU MALAYSIA DENGAN TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH.

ALOR SETAR, KEDAH 2 Februari 2020 – YDH DCP Dato’ Muhammad Azlee Bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Kedah telah menerima Kunjungan Hormat Delegasi PACSU Malaysia diketuai oleh Ybhg. Sdra Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia. Bersama-sama Sdra. Musa bin Haji Atan, Naib Presiden PACSU Malaysia dan YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU Malaysia bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Polis Kedah.

Ybhg. Sdra Anuar bin Mamat hadir ke Kontinjen Kedah bagi mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia 2020 di Bilik Mesyuarat IPK Kedah. Kontinjen Kedah terpilih sebagai tuan rumah kejohanan kali ini yang dijadualkan pada 16 Februari 2020.

Turut serta Puan Arbaayah Binti Ahmad, Pengerusi PACSU Kedah. Kunjungan berakhir dengan sesi menandatangani buku lawatan.

,