MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN KUALA LUMPUR KALI KE-52 TAHUN 2025

PACSU KL, 15 Mei 2025, Khamis : Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (Police Administrative and Civilian Staff Union) Cawangan Kuala Lumpur, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Kuala Lumpur Kali Ke – 52 Tahun bagi Tahun 2025. Mesyuarat telah diadakan di Dewan Meranti, Tingkat 10, Menara B, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh YDH Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan, ACP Suffian bin Sulaiman dengan diiringi oleh Pengerusi PACSU Cawangan Kuala Lumpur iaitu Sdr. Muhamad Fadli bin Sabtu, Setiausaha Agung PACSU Semenanjung Malaysia Sdr. Mohd Azli bin Suhaimi, Bendahari Agung Sdr YM Raja Hazlan bin Raja Hussin dan Timbalan Setiausaha Agung Sdr. Rohaizad bin Khalil. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Majlis ini dihadiri seramai 130 Ahli pegawai awam dari setiap Jabatan dan Daerah di bawah Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Kuala Lumpur, seterus ucapan dari Setiausaha Agung PACSU Semenanjung Malaysia dan terakhir ucapan serta perasmian oleh YDH Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan. Dalam Majlis ini juga telah disampaikan Surat Penghargaan kepada 2 orang ahli PACSU yang akan bersara pada tahun hadapan.

Seterusnya mesyuarat berjalan dengan lancar dan segala idea yang diusulkan oleh ahli dapat diputuskan dengan keadaan harmoni.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

,