KUNJUNG HORMAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PERAK KEPADA KETUA POLIS PERAK

Ipoh, 18/06/2025 – Satu kunjung hormat telah diadakan oleh Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Perak ke atas YDH CP Dato’ Noor Hisam bin Nordin, Ketua Polis Perak bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Delegasi PACSU Cawangan Perak diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri dan bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa. Kunjung hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan PACSU Cawangan Perak serta membincangkan isu kebajikan dan pembangunan kerjaya ahli-ahli PACSU yang berkhidmat di Kontinjen Perak.

YDH Ketua Polis Perak telah menyambut baik kunjungan ini dan menzahirkan penghargaan kepada PACSU atas komitmen mereka dalam menjaga kebajikan ahli  serta memberi sokongan penuh terhadap sebarang usaha memperkasakan peranan kakitangan awam dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertemuan ini juga menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan kerjasama demi kecemerlangan perkhidmatan dan kesejahteraan warga PDRM di negeri Perak.