LAPORAN PENYAMPAIAN BANTUAN PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) ZON SELATAN TAHUN 2025

Johor Bahru, 3 Jun 2025 – Majlis penyampaian bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Zon Selatan Tahun 2025 telah diadakan di Holiday Villa, Johor Bahru. PACSU Cawangan Melaka, telah menerima geran sebanyak RM17,100 bagi Kluster Latihan dan kursus. Turut hadir ke majlis tersebut Sdri Fariyantyyi binti Abharim (Setiausaha) dan Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad Timbalan Menteri Sumber Manusia. Geran PHEKS meliputi peruntukan latihan dan kursus serta geran Kluster Peralatan ICT. Mudah-mudahan dengan geran ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan kesatuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Tahniah kepada semua penerima.

FB_IMG_1751456053097 FB_IMG_1751456051446 FB_IMG_1751456049654

,