Kangar, 18 Jun 2025 – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia atau Police Administrative And Civilian Staff Union (PACSU) Kontinjen Perlis pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan Perlis kali ke-23 bertempat di Dewan Serbaguna, IPK Perlis.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Baderulhisham bin Baharudin Ketua-Ketua Jabatan,Ketua-Ketua Polis Daerah, dan Pegawai Awam PDRM Kontinjen Perlis yang merupakan ahli PACSU seramai 117 orang.
Selesai majlis perasmian, program diteruskan dengan mesyuarat bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan permasalahan ahli dan hal-hal yang lain.
Turut hadir, Pegawai Turus Persatuan Bukit Aman, DSP Nor Safarina binti Zulkifli, Timbalan Presiden PACSU Malaysia, Ybrs. Tuan Hj. Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Ybrs. Rohaizad bin Khalil, Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia, Ybrs. Syed Ahmad bin Syed Shahardin dan Pengerusi PACSU Cawangan Perlis, Ybrs. Nur Siti Aishah bin Azmi.