MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN TERENGGANU KALI KE-60 BAGI SESI 2024–2027 TAHUN 2025
Tarikh: 19 Mei 2025 (Isnin)
Tempat: D’Redang Hall, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu
Masa: 9.00 pagi
- Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Terengganu Kali Ke-60 bagi sesi (2024–2027) telah diadakan dengan jayanya pada 19 Mei 2025 (Isnin) bertempat di D’Redang Hall, IPK Terengganu. Seramai 147 orang ahli telah hadir, terdiri daripada wakil-wakil dari 9 Jabatan IPK Terengganu, 7 Daerah, BN 9 Kubang Badak, PULAPOL Dungun dan PSP Unit 6 Wakaf Tapai.
- Mesyuarat telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran tetamu kehormat berikut:
- Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU Malaysia
- YBhg. Encik Azli Bin Suhaimi, Setiausaha Agung PACSU Malaysia
- YBhg. Y.M. Raja Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU Malaysia
- YBhg. Encik Saufian Bin Ngah, Pengerusi PACSU Cawangan Terengganu
- Antara agenda penting yang dibentangkan termasuk taklimat isu Dermasiswa oleh YBhg. Encik Azli Bin Suhaimi.
- Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan telah bermula pada jam 11.00 pagi dirasmikan oleh:
- YDH ACP Khairul Azhar Bin Nuruddin, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Terengganu
(Mewakili Dato’ Ketua Polis Terengganu)
Turut hadir dalam majlis perasmian:
- YDH ACP Dr. Rohan Shah Bin Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
- YDH ACP Azli Bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu
- YDH Supt Nik Ibrahim Izzudin Bin Nik Abdullah, Pemangku Ketua Cawangan Khas Terengganu
- YDH Supt Hasmerra Bin Hassan, Ketua Jabatan Pengurusan Terengganu
- YDH Supt Ahmad Yanee Bin Nazir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu
- YDH DSP Zunita Marlina Binti Embong, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Terengganu
- YDH Supt Ahmad Ezzely Dzurbee Bin Razali, wakil Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Terengganu
- Wakil KJSPT IPK Terengganu, Insp Shahidatul Alyaa Binti Nordin
- Wakil KJSJK IPK Terengganu, ASP Amir Bin Mohd Hadi
- Selesai perasmian, majlis diteruskan dengan simbolik penyerahan sumbangan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 oleh Ketua Jabatan kepada Kesatuan, yang diterima oleh Pengerusi PACSU Cawangan Terengganu.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Sedia Berkhidmat” dan sesi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Terengganu.