MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 29 April 2025 – Satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Perak Bilangan 1 telah diadakan bertempat di Foyer Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram selaku Pengerusi Cawangan, serta turut dihadiri oleh Setiausaha, Sdri Rosdiah binti Safri dan Ahli Jawatankuasa.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelaksanaan program-program yang telah dirancang bagi tahun 2025 termasuk aktiviti kebajikan, latihan, sukan dan lain-lain lagi. Selain itu, beberapa isu berkaitan pentadbiran, keahlian serta pengurusan kewangan turut dibincangkan bagi memastikan kelancaran pengurusan persatuan.

Pihak Jawatankuasa turut menzahirkan komitmen untuk terus memperkasa peranan PACSU dalam menjaga kebajikan ahli serta menyokong pembangunan kerjaya pegawai awam dalam PDRM.