MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN BIL. 5 (2024–2027)


WhatsApp Image 2025-07-02 at 20.12.33_a054358a
15 APRIL 2025, BUKIT AMAN
– Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Bukit Aman Bil. 5 bagi sesi 2024–2027 telah diadakan pada hari Selasa, 15 April 2025, jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat PACSU Cawangan Bukit Aman.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Saudari Farah binti Shahibi, Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, dan dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang aktif serta komited dalam memperkasakan peranan PACSU di peringkat cawangan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi, diikuti pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 4 (Sesi 2024–2027). Turut dibentangkan ialah laporan oleh Setiausaha dan Bendahari serta perbincangan perancangan aktiviti tahun 2025.

Antara perkara penting yang dibincangkan termasuklah persediaan awal bagi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 serta beberapa isu lain di bawah hal-hal lain.

Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan dan disusuli dengan jamuan potluck sempena bulan Syawal bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. Semua AJK hadir dengan membawa pelbagai juadah dan menikmati suasana penuh kemesraan serta ukhuwah sesama ahli.

PACSU Cawangan Bukit Aman merakamkan penghargaan kepada semua AJK atas kehadiran dan sumbangan idea yang konstruktif dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

#PACSUCawanganBukitAman #Syawal2025

WhatsApp Image 2025-07-02 at 20.12.07_92011243 WhatsApp Image 2025-07-02 at 19.39.02_58e8535b WhatsApp Image 2025-07-02 at 19.39.03_32964862 WhatsApp Image 2025-07-02 at 19.39.04_6be92591 WhatsApp Image 2025-07-02 at 19.39.05_dad2e438

,