Masjid Tanah Melaka, 14 Jun 2025 – Program CSR anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja & Kesatuan Sekerja bersama Komuniti Negeri Melaka, yang telah diadakan di Aqua Dvilla Kampung Pulau, Masjid Tanah , Melaka. PACSU Cawangan Melaka telah dilantik sebagai urusetia persiapan pentas dari awal Majlis hingga selesai Majlis Perasmian CSR JHEKS & Kesatuan.
Dalam Majlis tersebut pelbagai program telah diadakan seperti pertandingan memancing, pertandingan memasak, fun walk, pertandingan sukan rakyat (konda kondi, congkak dan dam aji) serta pelbagai program komuniti percuma turut diadakan bantuan gunting rambut percuma, tukar minyak hitam motorsikal percuma, helmet percuma, cuci rawatan gigi percuma dan banyak lagi. Program ini juga pihak JHEKS telah penyampaian bantuan PHEKS bagi semua kesatuan yang menerima bantuan di Johor Bahru, pada 3 Jun yang lepas.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Sdra Syed Ahmad bin Syed Shahardin (Pegawai Pelajaran), Sdri Fariyantiyy binti Abharim (Setiausaha), Sdri Zuraini binti Hani (Pen. Setiausaha), Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari) dan 9 barisan AJK PACSU Melaka serta seorang ahli PACSU Melaka.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu YB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Tetamu jemputan yang hadir adalah wakil Menteri Sumber Manusia Dr. Kelvin Yii Lee Wuen; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem dan Timbalannya Siti Faizah Abdul Azis; Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja JHEKS Mohd Asri Abdul Wahab; Timbalan Presiden II, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) Azman Shah Abdul Rahman; Pengarah JHEKS Melaka dan Negeri Sembilan Hafizah Nabilah Mohd Idris serta lain-lain kenamaan.
Menurut kata Ketua Menteri Melaka “Insya-Allah, permainan sukan rakyat ini akan saya ‘persembahkan kepada dunia’ sebagai cenderahati buat menteri-menteri pelancongan dunia mewakili simbol warisan budaya negeri sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang bakal berlangsung di Melaka pada September ini. Permainan seperti ini bukan sahaja mencerminkan kekayaan budaya tempatan, malah menjadi medium penyatuan masyarakat merentas generasi. Semoga usaha ini membuka lebih banyak ruang untuk Melaka dikenali dunia sebagai destinasi pelancongan yang berakar pada tradisi dan nilai komuniti”