PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN PHEKS TAHUN 2025 BAGI ZON SELATAN MELIBATKAN JOHOR , MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

3 Jun 2025 – diHoliday Villa Hotel, Johor Bahru,Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 terus mengukuhkan kedudukan kesatuan sekerja sebagai pemacu ekosistem pekerjaan yang inklusif dan progresif.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Buku Kajian dan Penulisan Ilmiah Berkaitan Kesatuan Sekerja, insiatif penting dalam memperkasa pengetahuan serta keupayaan kepimpinan kesatuan di lapangan.
Majlis Ini dirasmikan YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, dalam ucapannya menegaskan bahawa sokongan ini adalah cerminan teras Malaysia MADANI, khususnya prinsip Keadilan, Kesejahteraan, dan Ihsan.
“Peruntukan ini bukan sekadar angka, ia melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap kekuatan kesatuan sebagai ejen perubahan sosial dan penjaga hak pekerja,” ujarnya.
Beliau turut menekankan kepentingan dialog sosial tiga pihak sebagai asas pembentukan dasar yang adil dan seimbang antara kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun 2025 PACSU Johor berjaya menerima Bantuan Geran Kluster Latihan dan Pendidikan dan Kluster Pembelian Perkakas Komputer . PACSU Johor bersama Barisan AJK akan berusaha bagi mengadakan Kursus kepada Ahli-ahli berteraskan kepada kepentingan kesatuan dalam perkhidmatan serta sumbangan kesatuan dinamik perkembangan perkhidmatan awam di Malaysia. Kursus ini perlu dilaksanakan sebelum 30 November 2025 .
PACSU Cawangan Johor telah dihadiri oleh Pengerusi Puan Maya Razlina Bt Abd Rahman dan Setiausaha PACSU Johor Saudari Wani Bt Ishak .
PACSU Johor mengucapkan terima kasih kepada JHEKS Johor yang telah membantu menyelaraskan permohonan dan tahniah kepada Jheks Johor di atas penganjuran Majlis ini.
2c06a1e5-99b1-403a-9902-e44456e21f89 7a268070-cd16-4d61-9744-5168963e0849 23a83347-7392-47a4-a2ec-ed6d28fbcda4 41660fc4-5340-4403-b168-bd8b7a8a500f 96718089-1781-4d83-bad9-6fb953eabedd a75391ca-fcac-45cc-a8c1-dd07efb841a6