PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN PHEKS TAHUN 2025 JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PACSU KL, 23 Mei 2025 (Jumaat), Pengerusi, Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Kuala Lumpur, Sdr Muhamad Fadli bin Sabtu bersama Setiausaha PACSU Cawangan Kuala Lumpur Sdri Nor Anati binti Abdul Rahman telah menghadiri Program Penyerahan Bantuan PHEKS Tahun 2025, di Wyndham ACMAR Klang, Selangor.

PACSU KL telah berjaya menerima Geran Latihan dan Pendidikan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong Menteri Sumber Manusia dengan diiringi oleh Ybrs Tuan Haji Mohd Asri Bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan Haji Azzal bin Haji Abu Talib, Pengarah Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan.

PACSU KL, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JHEKS kerana telah meluluskan permohonan kami. Semoga dengan kelulusan ini kami dapat menarik minat lebih ramai pegawai awam lagi untuk menyertai Kesatuan kami.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

,