Melaka, 30 Jun 2025 – Lawatan kebajikan daripada PACSU Cawangan Melaka kepada ahli , PF 27684 Nor Shamin Bin Saharudin dari Cawangan Bekalan / Aset, Jabatan Logistik Dan Teknologi, IPK Melaka yang telah melakukan pembedahan ACL, LCL dan rawatan miniscus pada 26.6.2025. Pesakit telah menerima rawatan di Wad D-4 Katil 21 Hospital Melaka.
Lawatan kebajikan telah dibuat oleh wakil kpd AJK, En. Mohd Fadli Shah Bin Abu Bakar (ahli) & En. Mahdzafir Bin Kamarrudin (Ahli)
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas En. Nor Shamin agar segera pulih dan sihat walafiat seperti sediakala.