25 MAC 2025, BUKIT AMAN – PACSU Cawangan Bukit Aman merakamkan ucapan takziah kepada Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman, Saudara Fahlawi bin Haji Jamaludin, atas pemergian ayah mertua beliau, Supt (B) Abdul Rahim bin Abdullah, yang telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham Supt (B) Abdul Rahim bin Abdullah merupakan seorang pesara polis yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur sebelum bersara daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Solat jenazah telah dilaksanakan di Masjid Bukit Aman, dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara.
Warga PACSU Cawangan Bukit Aman turut hadir menzahirkan penghormatan terakhir serta memberi sokongan moral kepada Saudara Fahlawi sekeluarga atas kehilangan yang dialami. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
#PACSUCawanganBukitAman
#SalamTakziah
#PenghormatanTerakhir
#PrihatinPACSU