MAJLIS LAPOR DIRI PEGAWAI AWAM LANTIKAN BAHARU PADA 12 MAC 2025 DI AUDITORIUM ARAS 16, MENARA 2, BUKIT AMAN

BUKIT AMAN, 12 Mac 2025 – Majlis Lapor Diri Pegawai Awam Lantikan Baharu Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan di Auditorium Aras 16, Menara 2, Bukit Aman. Majlis ini telah dikendalikan oleh Unit Pegawai Awam dengan kerjasama Unit Skim Syarat Perkhidmatan, Unit Rekod Komputer, serta Unit Pendaftaran Personel Terbuka Bukit Aman.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberikan taklimat awal kepada pegawai awam lantikan baharu berhubung prosedur perkhidmatan awam, pengurusan data peribadi, serta memperkenalkan struktur dan sistem pentadbiran Jabatan bagi memudahkan proses penyesuaian dalam persekitaran kerja baharu.

Antara pengisian utama majlis ialah sesi khas bersama barisan kepimpinan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam (PACSU) Cawangan Bukit Aman, yang disampaikan oleh Pengerusi, Saudari Farah binti Shahibi; Setiausaha, Saudara Fahlawi bin Haji Jamaludin; dan Bendahari, Saudara Mohd Abdul Qayum bin Abdul Latiff.

Sesi ini memberikan pendedahan awal berkenaan fungsi serta peranan PACSU dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak warga kerja awam di bawah skim perkhidmatan tadbir dan sokongan. Antara aspek yang diketengahkan ialah peranan utama PACSU dalam melindungi kepentingan ahli, faedah keahlian, serta pengenalan kepada aktiviti-aktiviti kesatuan.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, mencerminkan minat yang tinggi dalam kalangan pegawai baharu untuk mengenali kesatuan dengan lebih dekat serta menjadikan PACSU sebagai platform utama dalam memperjuangkan kebajikan mereka sebagai penjawat awam.

Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menyuntik semangat serta memberi pendedahan awal yang bermanfaat kepada semua pegawai lantikan baharu. PACSU Cawangan Bukit Aman.

WhatsApp Image 2025-07-02 at 20.31.40_f7cf3420

WhatsApp Image 2025-07-02 at 20.31.29_c478f12f

,