Johor Bahru, 24 Jun 2025 – YDH CP Datuk M Kumar a/l S Muthuvelu, Ketua Polis Johor telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Johor Kali Ke-69 Tahun 2025 bertempat di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Encik Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia dan seterusnya ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PACSU oleh YDH CP Datuk M Kumar a/l S Muthuvelu, Ketua Polis Johor. Penyampaian sijil pelantikan AJK 2024-2027, Sijil Pegawai Penerangan Pacsu cawangan Johor dan Penyampaian Sijil pesara dan cenderahati kepada En.Mazlan dari IPD Pontian.
Seterusnya majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Johor yang dipengerusi oleh Presiden PACSU Malaysia, Setiausaha PACSU Malaysia dan Bendahari PACSU Malaysia. Mesyuarat ini membincangkan tentang permasalahan ahli-ahli PACSU diperingat Kontinjen.
Turut hadir, YDH DCP Tuan Abdul Latiff bin Mehat, Timbalan Ketua Polis Johor, YDH SAC Nor Azizi bin Maarof, Ketua Cawangan Khas Johor, YDH SAC Hoo Chuan Huat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, YDH SAC Chuah Yong Huat, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Johor, YDH SAC Muhd Zailani bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Johor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, DSP Nor Safarina binti Zulkifli, Pegawai Turus Persatuan Bukit Aman, YBhg. Encik Hj. S. Syed Alwi bin Sulaiman, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor, YBhg. Puan Maya binti Abd Rahaman, Pengerusi PACSU Johor serta Ahli-ahli PACSU Johor.