PROGRAM IHYA’ RAMADAN CUEPACS NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2025

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025 – PACSU Cawangan Bukit Aman yang diwakili oleh Saudari Farah binti Shahibi selaku Pengerusi, dan Saudari Nordalilah binti Ismail selaku Biro Kebajikan, telah menyertai Program Ihya’ Ramadan CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2025 yang telah berlangsung meriah di Rumah Tangsi, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur bermula pada jam 5.30 petang.

Program yang diadakan dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kepimpinan tertinggi CUEPACS dengan ahli-ahli kesatuan gabungan, di samping membuka ruang perbincangan tidak formal berkaitan isu-isu kebajikan penjawat awam.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Saudara Yahya bin Samion, Pengerusi CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diikuti dengan ucapan oleh Saudara Reostam bin Dzahar, Timbalan Setiausaha Agung II CUEPACS, Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU  serta Saudara Rohaizad Bin Khalil, Timbalan Setiausaha Agung PACSU.

Program turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa, Prof. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail dan YB Nurul Izzah Anwar, yang mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan para hadirin. Prof. Dr. Sharifah Hayaati turut menyampaikan forum khas yang menyentuh nilai-nilai murni dan penghayatan Ramadan.

Program seumpama ini dilihat mampu memperkukuh hubungan kerjasama antara kesatuan gabungan, serta mencerminkan solidariti dan komitmen penjawat awam dalam memperjuangkan hak dan kebajikan bersama.

IMG-20250708-WA0037

IMG-20250708-WA0032

IMG-20250708-WA0030WhatsApp Image 2025-07-21 at 23.23.23_63eed74bIMG-20250708-WA0034 IMG-20250708-WA0033 IMG-20250708-WA0031 IMG-20250708-WA0035

,