LAWATAN ZIARAH KEMATIAN PEGAWAI AWAM POLIS KELANTAN

KELANTAN- 29.09.21 Satu lawatan ziarah kematian telah diadakan dirumah keluarga arwah di Kampung Chasi, Tok Uban , Pasir Mas, Kelantan. Arwah  PF 28661 Rahimah binti Haji Shafien yang bertugas di unit Kewangan, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Pasir Mas telah lama menghidap penyakit buah pinggang kronik. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.40 malam pada 28.09.2021 ( Selasa ) dan akan dikebumikan pada hari ini 29.09.21. Arwah juga meninggalkan seorang anak bernama Elya Khadeeja binti Ab Wahab yang berumur 14 Tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Tok Uban Pasir Mas.

Lawatan ini diwakili oleh empat (4) orang Ahli Jawatankuasa PACSU Kelantan yang diketuai oleh PF 16905 Noor Ilham binti Awang. Lawatan ziarah berjalan lancar serta disudahi dengan pemberian sumbangan daripada PACSU Kelantan kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang yang beriman. Aamiin.

Honey Dew

PACSU KELANTAN

 

WhatsApp Image 2021-09-28 at 23.55.25 WhatsApp Image 2021-09-29 at 00.38.29 WhatsApp Image 2021-09-28 at 17.26.01 WhatsApp Image 2021-09-28 at 19.33.05 (1) WhatsApp Image 2021-09-28 at 19.33.05 WhatsApp Image 2021-09-28 at 19.33.06 (2) WhatsApp Image 2021-09-28 at 19.33.06

 

 

,