MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU KEDAH KALI 59 TAHUN 2021

KEDAH  25 Julai 2021 – Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato’ Roze B. Shaari berbesar hati merasmikan Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Kedah kali ke 59 tahun 2021.

Beliau mengucapkan tahniah kepada PACSU Cawangan Kedah serta semua Pegawai Awam Kontinjen Kedah yang telah memberikan komitmen yang sangat baik kepada pucuk pimpinan PDRM Kontinjen Kedah selama ini.

Beliau juga berharap agar komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan dapat diteruskan pada masa akan datang. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut YDH ACP Zakaria Bin Abd Rahman Ketua Jabatan Pengurusan, Ybhg En Anuar Bin Mamat Presiden PACSU Malaysia (secara maya) Pengerusi PACSU Kedah, YBerUsaha Puan Arbaayah Binti Ahmad Tajudin serta barisan Pegawai Kanan PACSU Malaysia (secara maya). Mesyuarat pada kali ini yang diadakan secara maya turut melibatkan semua Ahli PACSU dari seluruh Kontinjen Kedah.

Alhamdulillah dalam norma baharu ini PACSU Cawangan Kedah dengan kerjasama PACSU Malaysia dapat mengadakan mesyuarat di platform google meet dengan baik dan lancar.


,