MAJLIS KUNJUNG HORMAT PENGERUSI PACSU MELAKA KE PEJABAT KETUA POLIS DAERAH ALOR GAJAH

COVER MAJLIS KUNJUNG HORMAT KPD AG

Cantik memikat siapakah gerangan
Wajahnya indah sungguh menawan
Kunjung hormat mengeratkan hubungan
Menjalinkan ukhwah bersama kepimpinan

Pada 17 Disember, 2021 Satu Majlis Kunjungan Hormat Pengerusi PACSU Melaka, Sdra. Khairi bin Thani ke Pejabat Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad bin Abu telah diadakan. Ini adalah kunjungan hormat pertama yang dilaksanakan oleh Pengerusi PACSU Melaka Sdr Khairi bin Thani memandangkan beliau bertugas di Balai Polis Alor Gajah maka beliau telah melaksanakan Kunjung Hormat Pertama beliau ke Pejabat Ketua Polis Daerah Alor Gajah.

Majlis ini telah bermula pada jam 11.00 pagi dimana Kunjung Hormat ini turut dihadiri oleh Setiausaha PACSU Melaka Sdri Siti Aishah bt Othman, Bendahari PACSU Melaka Sdri Siti Hanum bt Jalaludin, Wakil PACSU Daerah Alor Gajah Sdrl Siti Zalina bt Govel, Sdr Kamal Baharin bin Salim, dan Insp. Pentadbiran Pn. Nur Rahimah bt Mazlan.

Pertemuan berlangsung dalam suasan yang cukup mesra dimana Supt Arshad bin Abu telah memberikan kata-kata semangat dan beliau juga menyokong apa jua aktiviti PACSU di samping menasihatkan Pengerusi agar sentiasa bersama AJK dan Ahli PACSU Melaka agar lebih aktif dalam menyertai sebarang aktiviti anjuran PDRM bersama Pegawai dan Anggota PDRM. Beliau juga tahu betapa PACSU merupakan Kesatuan yang banyak memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam termasuk PDRM. Beliau berbangga kerana Pengerusi Baru PACSU Melaka merupakan Pegawai Awam dari IPD Alor Gajah yang telah diberi kepercayaan untuk memimpin PACSU Melaka, satu tugas yang berat dan amanah yang sangat memerlukan komitmen Pengerusi. Beliau akan terus bersedia memberikan komitmen untuk sebarang keperluan, pergerakan dan apa saja yang dikehendaki oleh Pengerusi PACSU untuk melaksanakan aktiviti PACSU Melaka, Beliau sendiri bersama pegawai dan anggota akan terus memberikan bantuan dan sokongan.

Sebagai tetatmu tuan KPD Alor Gajah telah mempersilakan Pengerusi Baru Sdr Khairi bin Thani untuk menandatangani Buku Lawatan Pejabat KPD Alor Gajah sebagai tanda beliau memberikan sokongan terhadap Pengerusi PACSU Melaka yang baru. Seterusnya Pengerusi PACSU bersama Setiausaha, Bendahari dan Wakil Daerah Alor Gajah telah menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad bin Abu sebagai tanda terima kasih atas kesudian menerima kunjungan hormat dari Pengerusi PACSU Melaka.

Semuga sokongan ini berkekalan dan dapat menjadi semangat untuk Pengerusi PACSU Sdr Khairi bin Thani untuk meneruskan kepimpinan PACSU Negeri Melaka agar lebih gemilang di masa akan datang. Terima kasih kepada Supt Arshad bin Abu diatas sambutan dan sokongan yang diberikan.

 

KUNJUNG HORMAT KPD AG - 5 KUNJUNG HORMAT KPD AG - 6 KUNJUNG HORMAT KPD AG - 4 KUNJUNG HORMAT KPD AG - 2 KUNJUNG HORMAT KPD AG - 3 KUNJUNG HORMAT KPD AG - 1

,