MAJLIS “TAUTAN KASIH, SEKALONG BUDI” BUAT MANTAN PENGERUSI PACSU MELAKA

COVER MAJLIS TAUTAN KASIH

Sang cenderawasih burung kedidi
Membuat sarang di hujung dahan
Tautan kasih sekalong budi
Jasamu dikenang sepanjang zaman

Pada 8 disember, 2021 yang lalu satu majlis tautan kasih sekalong budi telah diatur untuk meraikan pelbagai kejayaan antaranya meraikan kejayaan PACSU Melaka yang telah dinobatkan sebagai PACSU terbaik sesi 2018-2021 semasa persidangan perwakilan PACSU di De Rhu Beach Resort pada 23-24 nov 2021 yang lalu. Kejayaan ini adalah satu kejayaan yang telah dilestarikan oleh mantan pengerusi bersama jawatankuasa sesi 2018-2021.

Selain itu juga majlis ini turut meraikan kejayaan Sdra. Syed Ahmad kerana telah memenangi pencalonan sebagai pegawai pelajaran PACSU pusat. Satu kejayaan yang julung-julung kali diraih oleh wakil ahli PACSU Melaka dalam barisan kepimpinan PACSU pusat. Kami ahli PACSU Melaka amat berbangga dengan pencapaian ini. Tahniah buat Sdra. Syed Ahmad Bin Shahardin atas kejayaan ini.

Dan serentak itu juga diadakan majlis tautan kasih untuk mantan pengerusi Sdra. Syed Ahmad yang semestinya tepaksa melepaskan jawatan pengerusi PACSU Melaka dan kami sangat merasa kehilangan beliau yang telah banyak menyumbang bakti untuk PACSU Melaka. Kami juga turut meraikan pengerusi baru Melaka Sdra. Khairi Bin Thani.

Majlis tautan kasih ini telah dihadiri oleh Presiden PACSU pusat yang dihormati Sdra. Anuar Bin Mamat dan Timbalan Presiden PACSU pusat Tuan Hj Mohd Zaki Bin Mahmood. Turut serta juga jemputan kami Sdra. Shukor Bin Kasim Setiausaha CUEPAC Negeri Melaka, mantan-mantan AJK yang pernah berkhidmat pada sessi 2018-2021 dan semua jawatankuasa, perwakilan dan wakil daerah bagi PACSU Melaka.

Selain itu juga, majlis ini diserikan lagi dengan acara pertukaran hadiah dimana semua yang hadir membawa hadiah untuk ditukarkan. Majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dimana kedua-dua mantan pengerusi dan pengerusi baru memberikan ucapan masing-masing dan diserikan lagi dengan ucapan cukup bermakna dari tuan presiden PACSU pusat Sdra. Anuar Bin Mamat.

Majlis ini diakhiri dengan sessi bergambar kenang-kenangan semua yang hadir dan simbolik penyampaian sejambak bunga dari pengerusi baru sebagai tanda bermulanya tautan kasih dan sekalong budi antara pengerusi baru dan jawatankuasa pusat

Syukur kehadrat allah majlis ini menjadi majlis akhir tahun PACSU Melaka dan semuga tahun 2022 PACSU Melaka akan terus gemilang bersama pengerusi baru disamping pimpinan pegawai pelajaran PACSU pusat yang merupakan mantan kami.

Jumpa lagi di tahun 2022.

 

 

PPPENGERUSIPRESIDENTIMG-20211208-WA0083IMG-20211208-WA0085IMG-20211208-WA0082IMG-20211208-WA0087IMG-20211209-WA0024 IMG-20211209-WA0025 IMG-20211209-WA0026IMG-20211208-WA0144IMG-20211208-WA0145 IMG-20211208-WA0147

,