MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI PACSU MELAKA SESSI 2021-2024

 

WhatsApp Image 2021-12-10 at 11.34.29

Langit cerah sesudah subuh

Beburung riang di pohon meranti

Yang patah pasti akan tumbuh

Yang hilang pasti akan berganti

Pada 8 disember, 2021 yang lalu bertempat di Temasek Hotel, Ujung Pasir Melaka telah diadakan majlis serah terima tugas diantara mantan pengerusi PACSU Melaka Sdra. Syed Ahmad Bin Shahardin dengan pengerusi PACSU Melaka yang baru iaitu Sdra. Khairi Bin Thani dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden PACSU pusat yang berbahagia Tuan Hj Mohd Zaki Bin Mahmood mewakili Presiden PACSU Pusat.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Sdra. Mohd Zabidin Bin Mohd Deeli selaku pengacara majlis dan kemudian diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Raimy Bin Zainal.  Majlis diteruskan dengan sessi tandatangan buku serah terima tugas oleh kedua-dua mantan pengerusi Sdra. Syed Ahmad Bin Shahardin dan pengerusi baru Sdra. Khairi Bin Thani. Diikuti dengan tandatangan saksi serah terima tugas Timbalan Presiden PACSU pusat Tuan Hj Mohd Zaki Bin Mahmood.

Setelah itu majlis diteruskan dengan sesi penyerahan buku serah terima tugas dengan disaksikan oleh timbalan presiden sebagai simbolik penyerahan tugas pengeusi PACSU Melaka telah disempurnakan. Maka bermula dari saat itu pimpinan PACSU Melaka telah diserahkan secara rasmi oleh sdr syed ahmad kepada Sdra. Khairi.

Untuk makluman mantan pengerusi telah menang dalam pemilihan pegawai pelajaran PACSU pusat dan perlantikan Sdra. Khairi telah dibuat secara undian majoriti jawatankuasa PACSU melaka dalam mesyuarat khas pada 2 dis, 2021.  Tahniah kepada kedua-dua di atas kepercayaan memikul tanggungjawab yang baru

 

 

IMG-20211208-WA0075 IMG-20211208-WA0094 IMG-20211208-WA0153IMG-20211208-WA0157IMG-20211208-WA0158IMG-20211209-WA0020IMG-20211208-WA0155IMG-20211208-WA0156

,