PENGERUSI PACSU CAWANGAN MELAKA YANG BARU SESI 2021/2024

KHAIRI 3

Semasa persidangan perwakilan PACSU ke 38 yang diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang pada 23-24 November 2021, Sdra. Syed Ahmad Shahardin Pengerusi PACSU Melaka memenangi jawatan Pegawai Pelajaran PACSU Pusat.

Sehubungan dengan itu, diatas kemenangan Sdra Syed Ahmad Shahardin, jawatan pengerusi PACSU melaka perlu digantikan segera dalam tempoh 14 hari. Disebabkan jawatan tersebut dipegang oleh Syed Ahmad Shahardin secara menang tanpa bertanding maka kesemua jawatankuasa seramai 15 orang telah mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Pengerusi PACSU Cawangan Melaka yang baru. Setelah undian dibuat maka Sdra. Khairi Bin Thani telah mendapat undian majorit. Mesyuarat telah memutuskan Sdra. Khairi Bin Thani dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi PACSU Cawangan Melaka yang baru pada 2 disember, 2021. Berikut adalah sedikit biodata beliau:

Nama Penuh : Khairi Bin Thani

No Badan : Pf / 26199

Umur  :  52 Tahun

Formasi  : Balai Polis Alor Gajah

Jawatan  :  Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi N22

Status Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan Akademi : Diploma Pengurusan Perniagaan.

Tahniah diucapkan kepada Sdra. Khairi Bin Thani selaku pengerusi baru PACSU Cawangan Melaka.  Semoga beliau dapat memimpin PACSU Melaka dengan baik dan meneruskan kecemerlangan PACSU melaka. Sekalong tahniah buat beliau.

,