Sungai Petani, 3 Disember 2024 – Sdra. Mohd Rusydi bin A.Rashid, Pengerusi PACSU Kedah bersama dengan beberapa orang barisan AJK PACSU Kedah telah menyantuni Tuan Mohd Ridzuan bin Ab Ghapar, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA) di pejabatnya di INTURA Sg. Petani, Kedah.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai Portal DTIMS INTAN dan juga perkara berkaitan kursus, latihan serta kemudahan fasiliti yang ditawarkan oleh pihak INTAN. Melalui kunjung hormat ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara khususnya penjawat awam PDRM Kedah dengan institusi pembelajaran sektor awam.
Sejurus selepas itu, delegasi PACSU Kedah juga telah menyantuni Puan Nor Syarfirah binti Samsuri, Pengurus YaPIEM Negeri Kedah/Perlis di pejabatnya di Pejabat YaPIEM Negeri Kedah/Perlis, Sg. Petani, Kedah.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yang boleh dibentuk dengan pihak YaPIEM seperti program-program sosial yang dapat memberi menfaat kepada komuniti setempat. Pihak YaPEIM juga telah meluluskan permohonan PACSU Kedah untuk mendapatkan Buku Inspirasi Pendidikan YaPEIM 2024 (Bahasa Melayu & Sejarah) sebanyak 30 naskah.
Melalui kunjung hormat ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara khususnya PACSU Kedah dengan pihak INTURA dan YaPEIM.
- Kunjung Hormat Kepada Pengarah INTURA
- Kunjung Hormat Kepada Pengurus YaPEIM Negeri Kedah/Perlis