Melaka, 27 DIS 2024 – Satu lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Melaka Sdr Nor Shamin Bin Saharudin yang bertugas di Bahagian Persenjataan, IPK Melaka bertempat di Wad 10, Katil 11, Hospital Putra Melaka.
Lawatan Kebajikan PACSU Melaka diwakili oleh Sdra Syah Rizal Bin Muhamad Noh (Perwakilan), Sdra Mohd Faiz Bin Mohd Zin (AJK) dan Sdra Muhammad Zabidin Bin Md Dali (AJK).
Beliau dimasukan ke Hospital Putra Melaka atas sebab mendapatkan rawatan lutut.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas beliau dan disembuhkan dari segala penyakit.


