Selasa, 29 Oktober 2024 – Bertempat di Dewan Auditorium, IPK Kedah telah diadakan taklimat SSPA yang disampaikan oleh En. Zikri bin Shamaruddin, Pen. Pegawai Tadbir, Bhgn Perkhidmatan, Bukit Aman.
Beliau telah menyampaikan taklimat SSPA berkaitan dengan Perkhidmatan, Struktur & Pelarasan Gaji , Kekananan, Time Based, Kecemerlangan & Pemangkuan, Elaun, Kemudahan, Berkaitan Markah Prestasi dan Pemakaian Opsyen khususnya mengenai skim-skim perkhidmatan yang bukan beruniform yang ada dalam pasukan PDRM. Beliau turut menerangkan faedah-faedah yang bakal dinikmati oleh penjawat awam jika memilih Opsyen SSPA.
Taklimat ini diadakan secara tele-sidang yang disertai oleh semua kontinjen. Turut hadir sama dalam taklimat ini adalah Insp. Baharin bin Amran, Inspektor Perkhidmatan, IPK Kedah. Sesi soal jawab juga turut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan tentang perbezaan SSM dan SSPA sebelum membuat pilihan.