Sabtu, 19 Oktober 2024 : PACSU Kedah hari ini telah menyertai Program Team Building anjuran CUEPACS Negeri Kedah yang telah diadakan di Lapangan Sasar Memanah, Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Dalam program team building kali ini, aktiviti memanah telah dipilih sebagai sukan yang dipertandingkan. Program ini bertujuan bagi memupuk kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi, memperkasakan kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan dengan aktiviti sukan memanah.
Dalam pertandingan memanah tersebut, PACSU Kedah telah mendapat tempat ketiga daripada 16 pasukan yang bertanding dimana pesertanya merupakan ahli-ahli persatuan dibawah kesatuan gabungan CUEPACS.






