PROGRAM CSR RUMAH ANAK YATIM GEMILANG, SIK, KEDAH

Sik, 12 Ogos 2024 : PACSU Kedah telah menyertai Program CSR anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Pulau Pinang, Kedah & Perlis di Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik, Kedah yang diadakan pada 10 dan 11 Ogos 2024.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini antaranya gotong royong membersihkan kawasan dan memasak, menaiktaraf perpustakaan, pameran dan ceramah oleh PDRM, menanam pokok serta penyampaian bantuan dan sumbangan kepada pihak Rumah Anak Yatim Gemilang.

PACSU Kedah telah mengumpul dan menyumbangkan pakaian terpakai dan alat tulis untuk anak-anak yatim yang tinggal di Rumah Anak Yatim Gemilang ini melalui program Jom Infak yang dilancarkan oleh PACSU Kedah untuk mendapatkan sumbangan terutamanya dari warga PDRM Kontinjen Kedah dan juga orang awam.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab, Ketua Pengarah JHEKS. Antara yang hadir sama dalam majlis tersebut adalah DSP Abdul Razak bin Othman, Ketua Polis Daerah Sik, Saudara Mohd Rusydi bin A.Rashid, Pengerusi PACSU Kedah dan barisan AJK PACSU Kedah.

,